Orang zalim tidak akan berjaya

  1. Seorang Muslim tidak seharusnya berputus asa terhadap kezaliman yang diusahakan ke atas mereka. Ini kerana Allah telah menegaskan bahawa orang yang zalim itu tidak akan berjaya. Firman Allah:

إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya” (Surah al-Aan’am: 135)

  1. Dalam al-Quran, sekurang-kurangnya terdapat tiga orang Nabi yang menuturkan kalimah ini. Yaang pertama iaitu Nabi Muhammad sendiri yang dididik oleh Allah untuk mengecam kaumnya yang merancang kezaliman ke atas dirinya. Lalu Allah membimbingnya untuk mengucapkan:

قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.”

  1. Sekali pun ayat tersebut adalah ditujukan kepada orang kafir, tetapi pengajarannya tetap releven ke atas kita. Jangan kita berputus asa menentang orang yang cuba menzalimi diri kita malah kita akan berusaha bersungguh-sungguh menentang kezalimannnya.
  2. Nabi Yusuf juga dilihat mengungkapkan perkataan yang sama saat beliau diuji dan difitnah oleh isteri kepada majikannya sendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya:

وَرَٰوَدَتْهُ ٱلَّتِى هُوَ فِى بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلْأَبْوَٰبَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ رَبِّىٓ أَحْسَنَ مَثْوَاىَ ۖ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.

  1. Perhatikan ayat ini, dalam kesungguhan melawan godaan dan fitnah yang dikenakan ke atas dirinya, Nabi Yusuf menyebutkan kalimah “sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.
  2. Dan Nabi Musa turut mengungkapkan lafaz ini, saat Firaun menfitnah dirinya mereka-reka sihir yang dipersembahkan kepada kaumnya. Lalu Baginda menegaskan:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبِّىٓ أَعْلَمُ بِمَن جَآءَ بِٱلْهُدَىٰ مِنْ عِندِهِۦ وَمَن تَكُونُ لَهُۥ عَٰقِبَةُ ٱلدَّارِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يُفْلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Dan (bagi menjawabnya) Nabi Musa berkata: “Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa hidayah petunjuk dari sisiNya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”.

  1. Perhatikan kisah para Nabi ini, apabila diuji dengan orang yang cuba menzalimi mereka dan menfitnah mereka, mereka tetap kukuh dan mengucapkan: “sesungguhnya tidak akan berjaya orang yang zalim itu.”

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Tidak mendedahkan dosa zina

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةَ الَّتِي نَهَى اللَّهُ عَنْهَا، فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اللَّهِ وَلْيَتُبْ إِلَى اللَّهِ “(Wahai manusia) jauhilah…