Pahang tawar bina rumah untuk 8 beradik

 

KUANTAN: Kerajaan negeri menawarkan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tapak rumah RRP yang dicadangkan ialah di kampung asal ibu mereka di Rancangan Tanah Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Katanya, sementara menunggu rumah itu siap, rumah sewa sementara akan disediakan dan turut dibiayai kerajaan negeri.

“Saya bersedih dan bersimpati dengan nasib lapan beradik ini kerana yang sulung, Nazurah Nabilah Benyajeed baru berusia 19 tahun manakala adiknya berusia empat hingga 18 tahun, kini menyewa bersama ibu saudara mereka di Rawang, Selangor.

“Demi melihat mereka kekal tinggal serumah bersama ibu saudara mereka itu, kerajaan negeri membuat tawaran RRP ini manakala ibu saudara mereka akan diberikan elaun bulanan sewajarnya.

“Selain itu, Yayasan Pahang (YP) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan membiayai pendidikan mereka yang masih bersekolah.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sedia menyenaraikan mereka sebagai penerima bantuan bulanannya.

“Pegawai pejabat saya sudah pun menghubungi Nazurah Nabilah dan saya berharap tawaran ini akan diterima,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bapa lapan beradik itu, Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 Julai manakala ibu mereka, Noraini Ibrahim, 43, pula pada 18 Julai akibat COVID-19.

Kisah lapan beradik itu tular dan mendapat perhatian pengamal media, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat selepas kisah mereka dimuat naik di Facebook pada Selasa lalu.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang melawat keluarga berkenaan berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan bagi kes anak yang kematian ibu bapa akibat COVID-19 supaya masa depan mereka terjamin.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan senarai mereka yang mengalami nasib sama supaya dapat dibantu,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts