home Dunia Islam, Semasa Palestin akan menang!

Palestin akan menang!

SEMENANJUNG GAZA – Negara haram Israel melakukan jenayah perang terancang di tempat suci umat Islam ketika mana penduduk Palestin tidak bersenjata di Baitulmaqdis.

Ketua Bahagian Media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Luar Negara, Rafat Morra berkata, negara penjajah Israel sengaja melepaskan bom tangan dan peluru logam bersalut getah ke arah jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan itu kejam kerana sangat membahayakan nyawa mereka.

Justeru, Hamas menegaskan, rakyat Palestin berhak mempertahankan tanah dan tempat suci mereka daripada kekejaman rejim pengganas Israel dan penduduk haram Yahudi.

Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh berkata, hubungan antara Gaza dan Baitulmaqdis adalah stabil dan tidak berubah.

“Palestin akan menang pada akhirnya,” katanya.

Setakat ini, 22 penduduk Palestin terbunuh, manakala 106 lagi dilaporkan cedera dalam serangan udara di wilayah Gaza, termasuk beberapa daripadanya sedang kritikal.

Serangan kejam itu dilancarkan rejim penjajah Israel selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menuntut negara penjajah terbabit menarik tentera mereka dari perkarangan Masjid Al-Aqsa dan daerah Baitulmaqdis Timur, Sheikh Jarrah. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Palestin akan menang!

  1. Ya Allah bantu lah mereka yg didlm kesusahan dan kesedihan ya Allah berikan kekuatan fizikal dan mental kepada saudara saudara kita di Palestin utk merpertahankan tanahair dan masjid alaqsa tetapkan lah iman mereka dan berikan lah kemenangan keatas mereka amiin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *