Palestin PLO pisahkan diri daripada rejim Israel, minta ICC siasat

 

TEBING BARAT – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) telah memulakan langkah memisahkan diri daripada rejim pengganas Israel, selain mencari jalan mengambil tindakan menerusi Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Selepas mesyuarat yang panjang petang Sabtu, Majlis Eksekutif PLO berkata, mereka telah meminta kerajaan Palestin memulakan rancangan memisahkan diri daripada rejim pengganas Israel pada peringkat politik, keselamatan, ekonomi dan pentadbiran.

Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan majlis eksekutif itu juga mewujudkan sebuah jawatankuasa tertinggi untuk melaksanakan semua keputusan, termasuk menggantung pengiktirafan PLO terhadap negara Israel.

PLO adalah payung kepada sejumlah besar parti politik Palestin, berdepan tekanan untuk mengubah polisi dan strateginya terhadap rejim Zionis sejak beberapa minggu lalu.

Pada 6 Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel – satu tamparan kepada pemimpin Palestin yang sejak dua dekad lalu berusaha mewujudkan negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Bulan lalu, PLO mengumumkan mereka sedang mengkaji untuk menggantung pengiktirafan terhadap Israel dan membatalkan Perjanjian Oslo, sehingga rejim Zionis mengiktiraf negara Palestin berdasarkan persempadanan yang ditetapkan.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel pada 1993 dan 1995, rejim Zionis itu mengawal sepenuhnya ekonomi, sivil dan urusan keselamatan Palestin di 60 peratus daripada kawasan Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu semalam, PLO berkata, mereka membuat keputusan meminta ICC memulakan siasatan kehakiman terhadap penempatan Israel, diskriminasi kaum dan penghapusan etnik yang berterusan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Islam di Itali

  Aku sempat berkunjung ke Itali, sebuah negara Eropah yang cukup terkenal dengan sektor pelancongannya. Itali pada masa kini…