Palestin tegas tolak pelan damai AS, hanya untungkan Israel

 

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh tegas menolak pelan perdamaian Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kononnya untuk menyelesaikan konflik Palestin-Israel selama sedekad.

Beliau menyifatkan, pelan pendamaian AS baru-baru ini yang juga dikenali sebagai kesepakatan abad ini, hanyalah satu cadangan untuk rejim apartheid mengesahkan projek kolonial Israel di Tebing Barat.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan rangkaian berita televisyen CNN semalam, Shtayyeh berkata, rakyat Palestin dan kepimpinan telah menolak perjanjian itu kerana ia hanya memberikan Baitulmaqdis sepenuhnya kepada Israel.

Bahkan katanya, pelan itu juga mencipta pembahagian temporal dan spatial Masjid Al-Aqsa dan mengekalkan penempatan yang ada di tanah Palestin, di mana 720,000 peneroka kekal secara haram di negara itu.

“Apa yang dicadangkan Trump sebenarnya adalah 60 peratus dari 22 peratus sejarah Palestin. Ini bermakna beliau mahu ‘memotong’ 40 peratus dari wilayah Palestin, pada satu masa Perjanjian Oslo sepatutnya menjamin keseluruhan Tebing Barat dan Gaza ke Palestin,” katanya.

Mengenai tuduhan AS bahawa rakyat Palestin kehilangan peluang, Shtayyeh menjelaskan, itu bukanlah peluang, ataupun permulaan perundingan, melainkan penyelenggaraan ‘fait accompli’ sementara memanggilnya negara Palestin.

 

 

“Rancangan ini 100 peratus berpihak kepada Israel, dan ia melengkapkan secara harmoni apa yang dimahukan Netanyahu, kerana Perdana Menteri Israel itu adalah penulis sebenar (rancangan itu). Pelan ini membawa bahasa, idea dan ucapan beliau yang kita dengar dan baca sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri Palestin menegaskan bahawa Israel tidak boleh berada di atas undang-undang kerana melanggar hak asasi manusia, merampas tanah Palestin, dan secara haram membina penempatan Yahudi.

“AS tidak boleh memberikan sesuatu yang tidak dimilikinya. Ini adalah tanah Palestin, dan Israel tidak boleh merampas mana-mana bahagian,” kata beliau.

Shtayyeh juga menolak cadangan Trump untuk ibu negara Palestin di mana-mana tempat bersebelahan dengan Baitulmaqdis Timur.

“Baitulmaqdis bukanlah sebahagian daripada Baitulmaqdis, Baitulmaqdis adalah kota lama dan kawasan sekitarnya seluruh seluruh lembah Kota Suci adalah tempat tinggal 300 ribu penduduk Baitulmaqdis. Baitulmaqdis adalah bandar yang diduduki pada tahun 1967,” kata beliau.

Terdahulu, di Washington, Trump bersama Netanyahu melancarkan pelan damai Timur Tengah dan ia dikritik hebat. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Konvoi sambil berdakwah

  KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengadakan Konvoi Semarak Dakwah sempena sambutan Hari Kemerdekaan bagi mendekati…