Palestine TV buat penggambaran dokumentari kejahatan Israel

 

BAITULMAQDIS – Penduduk haram Israel bertindak menyerang kru stesen Palestine TV yang membuat penggambaran di penempatan Ariel, dekat utara Tebing Barat.

Menurut agensi berita Wafa, rejim Israel dari penempatan sama turut menyerang kru yang melakukan penggambaran filem dokumentari di luar bangunan.

Dokumentari itu memaparkan peningkatan kegiatan penempatan haram, selain serangan berbahaya dilakukan oleh penduduk haram terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka.

Laporan agensi Wafa juga mendedahkan beberapa rejim pengganas Israel turut mengganggu penggambaran itu dengan menggunakan pembesar suara serta memintas wartawan.

Palestine TV adalah penyiar tempatan yang dibiayai oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Israel kerap kali menghalang atau menindas setiap aktiviti yang disokong atau berkaitan dengan PA di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Dalam laporan Jun tahun lalu, Jawatankuasa Sokongan Wartawan -sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mewakili wartawan – mendakwa, rejim pengganas Israel telah melakukan lebih daripada 56 kesalahan terhadap wartawan Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki pada separuh pertama tahun 2020.

Dalam laporan sama, penduduk haram Israel turut memperbaharui larangan aktiviti Palestine TV di Baitulmaqdis, mendenda enam wartawan, merampas empat peralatan media, menyerbu rumah enam wartawan

Laporan itu juga mendedahkan bahawa pendudukan Israel memperbaharui larangan aktiviti Palestine TV di Baitulmaqdis, merampas empat peralatan media, serta menindas enam wartawan dengan mendenda, mengugut, menyerbu rumah, memukul dan menjatuhkan hukuman kepada mereka.

Pada tahun 2019, polis Israel dan anggota perisikan menyerbu pejabat Palestine TV di Baitulmaqdis Timur dan mengarahkan penutupan operasinya.

Sementara itu, Palestine TV mendakwa bahawa Israel sering mengganggu, menangkap dan menyoal siasat kakitangannya. -Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts