Pemandu mabuk: Segera perketatkan undang-undang berkaitan arak

 

BANGI  – Penguatkuasaan undang-undang bukan hanya perlu tertumpu kepada isu pemandu mabuk, bahkan mesti membabitkan lesen kilang arak, penjualan minuman keras dan operasi kelab malam.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mencadangkan supaya satu undang-undang yang lebih ketat dan menyeluruh berkaitan arak digubal dalam masa terdekat.

Menerusi cadangan itu, beliau berkata, ia sepatutnya membabitkan undang-undang  berkaitan lesen kilang arak, kedai jualan minuman keras, kelab malam termasuk isu memandu ketika mabuk.

“Tidak ada pandangan yang mengatakan arak baik untuk individu atau masyarakat sehingga kita perlu melengah-lengahkan undang-undang yang boleh mengelakkan dari kemudaratan arak.

“Bahkan, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam di kedudukan tinggi dalam Perlembagaan, adalah amat bertentangan jika negara masih berterusan tidak mengambil tindakan tegas ke atas pemabuk yang mengancam nyawa manusia,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Muhammad Fauzi berkata demikian mengulas kejadian seorang kakitangan Alam Flora yang maut dilanggar pemandu Cina dipercayai dalam keadaan mabuk, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam tadi, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut ditempat kejadian selepas dilanggar pemandu berusia 42 tahun yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol serta memandu secara melawan arus di jalan Kuantan By-Pass.

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, situasi itu telah mengakibatkan beberapa kenderaan lain mengalami kemalangan kerana mengelak daripada bertembung dengan kereta yang dipandu suspek. 

Suspek telah ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Sedih dengan insiden terbaharu itu, Ustaz Muhammad Fauzi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

“Takziah diucapkan kepada keluarga arwah yang terpaksa bersedih di hari seluruh umat Islam bergembira. Moga arwah dicucuri rahmat Allah,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Setkan ‘See First’ fb page Indahnya Islam atau ikuti telegram Indahnya Islam agar anda sentiasa dapat mengikuti pelbagai bahan-bahan menarik berkaitan kesyumulan Islam.

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts