BANGI, 12 Jamadilakhir – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut baginda terhadap laporan mengenai kegiatan songsang yang tular baru-baru ini.
Sehubungan itu, baginda bertitah agar negeri Pahang dipastikan bebas daripada sebarang perlakuan tidak bermoral atau aktiviti songsang.
“Saya sendiri terkejut dengan berita tentang kegiatan seperti ini. Harapan saya agar perkara sebegini tidak berlaku di Pahang.
“Saya ingin menasihati semua supaya menjauhi perbuatan songsang, dan saya juga menggesa setiap Majlis Perbandaran supaya memantau aktiviti seumpama ini.
“Sekiranya terdapat premis seperti spa yang menyediakan kemudahan tertentu, ia perlu dipantau dengan lebih ketat supaya tidak menjadi tempat berlakunya kegiatan tidak bermoral,” titah baginda.
Baginda turut menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil sekiranya ada individu atau pihak yang terlibat atau menyediakan ruang bagi kegiatan tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa 201 individu termasuk 17 penjawat awam ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Chow Kit berkaitan aktiviti tidak bermoral.
Sumber: TV Pertiwi
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








