Pegawai syariah perlu hayati semangat ‘Keluarga Malaysia’

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru pegawai syariah menghayati semangat ‘Keluarga Malaysia’ serta tanggungjawab bagi memastikan hukum syarak dilaksanakan dengan adil dan saksama dengan meletakkan standard yang tinggi dalam melaksanakan usaha keadilan Islam.

Ismail Sabri berkata walaupun mahkamah syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa yang eksklusif dan tersendiri di setiap negeri, namun ia bukan penghalang bagi institusi tersebut bergerak secara bersama atas semangat ‘Keluarga Malaysia.’

“Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh pentadbiran saya meletakkan kepentingan masyarakat dan rakyat di tempat yang utama.

“Keluarga Malaysia akan saling bertolak ansur, menggalakkan persefahaman, bekerjasama untuk kebaikan, mengelakkan konflik yang merosakkan dan memfokus kepada persamaan matlamat,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa 2021 (PKA 2021) secara rakaman video di sini hari ini.

Ismail Sabri juga mahu hakim syarie dan pegawai syariah negara ini mengamalkan sikap integriti yang tinggi dan sentiasa dalam keadaan tenang dalam membuat sesuatu keputusan atau melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts