Pekerja sahkan memo larangan solat betul

 

KLANG – Pekerja sebuah kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar mengesahkan bahawa memo larangan dan denda RM500 jika solat adalah benar.

Pengesahan itu sekaligus bertentangan dengan penafian yang dibuat pengurusan syarikat terbabit kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar.

Bagaimanapun, jelas pekerja yang enggan namanya didedahkan itu, selepas memo tersebut diedarkan dan menjadi isu, pihak pengurusan syarikat telah menukar waktu rehat bagi menyelesaikan hal tersebut.

“Memo berkenaan memang sah tetapi ia sudah diselesaikan, hal ini terjadi kerana wujud salah faham berikutan pengurus syarikat bukan beragama Islam tidak memahami waktu solat umat Islam.

“Wakil pekerja beragama Islam sudah berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat dan perkara ini dianggap selesai,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

 

 

Terdahulu, Utusan Malaysia pagi ini melaporkan memo dalam dwi bahasa tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak tetapi

Mohd. Fakhrulrazi yang juga wakil rakyat parti Amanah menerusi kenyataan menafikan perkara tersebut berlaku selepas berhubung dengan pihak pengurusan syarikat.

 

 

ADUN Meru itu juga mencadangkan kepada pihak kilang agar membuat laporan polis jika memo tersebut satu perbuatan sabotaj.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak syarikat itu sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi. – Utusan Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts