Pelajar sekolah di Kuantan wajib solat berjemaah sebelum pulang

KUANTAN, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Semua sekolah di daerah Kuantan wajib menganjurkan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Pegawai Pendidikan Daerah, Mohd Razali Mustafar berkata, solat antara salah satu pengisian utama pihaknya membina karakter warga sekolah khususnya murid-murid agar dapat mencegah daripada melakukan perkara negatif dalam mendepani dunia yang kian mencabar.

“Demi kecemerlangan murid-murid kita meletakkan lima fokus utama iaitu pembinaan karakter, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, pemimpin pertengahan (guru) dan bijak sifir.

“Untuk itu setiap sekolah menganjurkan solat berjemaah di kawasan sekolah dan untuk itu (solat) jangan sempitkan pemikiran untuk membina surau baharu atau besarkan.

“Asalkan tepat kiblat, solat berkenaan boleh diadakan di dewan atau tempat yang bersesuaian,” katanya ketika merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Goh, semalam.

Mohd Razali berkata, berikutan program itu, beliau menyasarkan kira-kira 10 peratus daripada murid lelaki beragama Islam boleh menjadi pemimpin dalam masyarakat; boleh membaca al-Quran dengan baik, menjadi imam, membaca doa selamat dan tahlil. – Bernama

Summer : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts