Pembunuh Fadi Albatsh akan membayar harga yang mahal: Hamas

 

GAZA – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menyatakan bahawa Hamas tidak akan berkompromi sehingga pihak yang terlibat dalam pembunuhan terhadap Fadi AlBatsh yang merupakan seorang jurutera dan pensyarah didedahkan.

Bercakap kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Haniyeh menyatakan: “Pihak yang membunuh Albatsh akan membayar harga yang mahal di atas jenayah tidak berperikemanusiaan mereka”

Ketua pergerakan Hamas tersebut menyatakan pihak Israel dan Mossad adalah pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah pembunuhan terbabit.

“Albatsh merupakan salah seorang warga Palestin yang baik. Beliau adalah seorang yang berpelajaran tinggi, kreatif, professional dan mampu menghasilkan inovasi-inovasi baru. Beliau telah banyak menyumbang kepada penduduk Palestin, penduduk Malaysia dan negara-negara islam keseluruhannya.”

Fadi Mohammed ABatsh, 35 dilahirkan di Jabaliya, utara Gaza. Beliau dibunuh di Kuala Lumpur oleh dua orang pelaku yang sedang diburu pihak berkuasa Malaysia pada Subuh 21/4/2018 yang lepas. Arwah meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau telah tinggal di Malaysia selama beberapa tahun. Beliau menerima PHD dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Malaya pada tahun 2015. – palestinkini.info

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts