Pemimpin Afrika kutuk ‘Deal of The Century’, nafi hak Palestin

 

ADDIS ABABA – Kesatuan Afrika (AU) mengutuk pelan tidak sah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang kononnya mahu menyelesaikan konflik antara Palestin dan negara tidak diiktiraf, Israel.

AU menekankan bahawa pelan `Deal of The Century’ Trump adalah pelanggaran berat terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kesatuan itu.

Pengerusi Suruhanjaya AU, Moussa Faki Mahamat berkata demikian dalam Sidang ke-33 Perhimpunan Ketua Negara dan Kerajaan AU yang diadakan di ibu pejabat badan Afrika di ibu kota Ethiopia, Addis Ababa, semalam.

Mahamat menegaskan, rancangan Trump disediakan tanpa penyelarasan antarabangsa, sambil menekankan bahawa ia menafikan hak-hak rakyat Palestin.

Sebelum ini, pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas bertindak memutuskan hubungan dengan AS dan Israel, setelah menyatakan beliau tidak mahu namanya diingati dalam sejarah kerana mengkhianati Palestin.

 

 

Pada masa sama, kumpulan Palestin juga sebulat suara menolak inisiatif berkenaan yang dianggap sangat provokatif, di mana sebahagian besarnya memenuhi tuntutan Israel dalam konflik berabad-abad, tetapi meletakkan Palestin dengan kawalan yang terhad terhadap keamanan dan sempadannya sendiri.

Ia turut menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota tidak berbelah bahagi Israel dan membolehkan rejim untuk menyusun penempatan di Tebing Barat yang diduduki dan Lembah Jordan. 

Pelan itu juga menafikan hak mengembalikan pelarian Palestin ke tanah air mereka, di antara istilah kontroversi yang lain.

Pemimpin Palestin telah memutuskan hampir semua hubungan dengan Washington pada akhir 2017 selepas Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota rejim Israel.

Selain daripada pemimpin Palestin, organisasi antarabangsa lain seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), juga telah menolak ‘Deal of The Century’. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts