Pemimpin di India melampau ajak boikot sayur peniaga Islam

 

NEW DELHI – Salah seorang pemimpin daripada Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India meminta orang ramai tidak membeli sayur-sayuran dari peniaga umat Islam, di tengah-tengah peningkatan wabak COVID-19 seluruh negara.

“Ingat satu perkara. Saya memberitahu semua orang secara terbuka. Tidak perlu membeli sayur-sayuran dari umat Islam,” kata Suresh Tiwari dari bandar Deoria, Uttar Pradesh dalam sebuah video yang menjadi tular di negara itu.

Sebuah laporan di Hindustan Times memetik Tiwari mengatakan bahawa gesaannya untuk memboikot adalah ‘langkah pencegahan kononnya untuk melindungi orang ramai daripada jangkitan COVID-19.’

“Pada 18 April, saya memberikan topeng kepada penduduk di Deoria, ramai mengadu Tablighi Jama menyebarkan jangkitan. 

“Ramai di antara mereka bimbang jika sayur-sayuran terkena dengan air liur,” katanya kepada surat khabar itu.

“Sebagai MLA yang bertanggungjawab, saya minta mereka hentikan membeli sayur-sayuran daripada mereka (muslim). Beritahu apa kesalahan saya?

Umat Islam di India telah menjadi sasaran di beberapa kawasan di negara itu berikutan laporan mengenai berlakunya penyebaran COVID-19 pada sebuah perjumpaan keagamaan di New Delhi bulan lalu yang dianjurkan oleh Tablighi Jamaah, sebuah kumpulan dakwah Muslim.

Beberapa ahli politik dan wartawan BJP kelihatan cuba menggambarkan perhimpunan keagamaan itu sebagai ‘terorisme corona’ dan menuduh masyarakat Islam pada umumnya melakukan ‘konspirasi’ untuk menyebarkan virus tersebut.

Gesaan Tiwari untuk memboikot peniaga muslim atau masyarakat secara umum bukanlah kejadian terpencil.

Kumpulan sayap kanan di India dilihat mengedar bendera safron kepada penjual sayur di banyak tempat untuk membolehkan pengguna mengenal pasti mereka sebagai penjual Hindu.

Kawasan kejiranan tertentu di New Delhi dan negeri-negeri lain termasuk Karnataka, Telangana dan Madhya Pradesh juga memasang poster untuk menghalang orang Islam masuk. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts