Isu hak asasi manusia perlu ikut perspektif Islam, acuan Malaysia

PUTRAJAYA : Isu hak asasi manusia mesti diuruskan mengikut perspektif Islam dan sesuai dengan acuan Malaysia. 

Itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad ketika pertemuan bersama delegasi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), hari ini.

Menurutnya, beliau menerima baik kehadiran delegasi MACSA yang sudi bertemu dan berbincang mengenai isu-isu hak asasi supaya dapat ditangani bersama.

“Pada pertemuan sama, MACSA  turut menyampaikan hasrat supaya isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dapat diuruskan di bawah Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama yang dikenali sebagai HARMONI.

“HARMONI dicetuskan ketika pentadbiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,”  katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada pertemuan itu, MACSA diwakili Pengerusinya Lukman Sheriff dan Pengerusi Bersama pertubuhan itu, Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar.

Idris berkata, pada pertemuan sama, MACSA turut menyampaikan laporan Islamofobia MACSA 2017-2020 untuk diteliti. 

MACSA adalah gabungan Pertubuhan Masyarakat Islam Sivil yang mempromosikan hak asasi manusia dalam negara yang selari dengan budaya tempatan. -UTUSAN ONLINE 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Yang kafir digelar kafir

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!” (Surah al-Kafirun: 1) فقوله : ( قل يا…