Mufti Perlis gesa umat Islam sokong pendirian Malaysia pertahan Zakir Naik

 

KANGAR: Umat Islam dan rakyat negara ini digesa menyokong pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pendirian Malaysia dalam keperluan menghantar pulang penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke negara asalnya, India.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri, berkata tindakan Dr Mahathir yang dilihat mempertahankan Dr Zakir daripada diserahkan kepada Kerajaan India perlu dihormati semua pihak dalam negara ini.

“Ia membuktikan sikap beliau (Dr Mahathir) yang tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan di India.

“Umat Islam dan rakyat yang setia perlu berada di belakang Dr Mahathir dalam isu ini. Namun, yang menghairankan, ada dalam kalangan mereka yang sudah mendapat kerakyatan atau menjadi rakyat negara ini, tetapi tumpah setia mereka pada negara asal mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir menegaskan Malaysia mempunyai hak sama ada mahu menghantar pulang atau tidak pendakwah terkenal itu ke negara asalnya selepas Kerajaan India dilihat begitu terdesak untuk menahan Dr Zakir atas tuduhan penggubahan wang haram di India.

Pendirian itu ditegaskan Dr Mahathir selepas mengambil kira tindakan Kerajaan Australia yang sebelum ini tidak menghantar pulang bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati mandatori pada 2015 atas tuduhan membunuh seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mohd Asri berkata, beliau kecewa apabila sebahagian masyarakat dilihat memihak kepada India hanya kerana status Dr Zakir yang juga sarjana Islam pada peringkat antarabangsa.

“Dalam isu Dr Zakir, nyata kesetiaan mereka bukan kepada Malaysia, sebaliknya kepada India,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts