Penangkapan muslim Uyghur di Mesir adalah satu kezaliman

 

Penangkapan etnik muslim Ughyur yang sedang belajar di Unversiti Al-Azhar oleh kerajaan Mesir adalah satu bentuk kerjasama dalam melakukan kezaliman terhadap saudara muslim yang jelas diharamkan Syariat Islam itu sendiri.

“Kami menyatakan dengan tegas bahawa kami menolak perbuatan zalim ini”

Rabitah Ulama Ahlul Sunnah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka sebagai respon kepada penangkapan besar-besaran kerajaan Mesir terhadap etnik Ughyur di sana baru-baru ini.

Mereka turut menuntut supaya Syiekhul Azhar serta ulama Azhar menjalankan peranan mereka dalam melindungi etnik Ughyur yang merupakan pelajar Universiti Al-Azhar disana daripada sebarang bentuk kezaliman.

“Menjadi satu kewajipan kepada seorang muslim untuk membantu saudara seagama yang lain saat berlaku kezaliman pada mereka”

Kerajaan Komunis China meningkatkan penindasan terhadap umat Islam etnik Uyghur sejak baru-baru ini, khususnya di wilayah Xinjiang, termasuk mengenakan beberapa larangan seperti berpuasa pada bulan Ramadan dan menyimpan janggut.

Wanita pula dihalang memakai hijab, manakala kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dilarang mengamalkan ajaran agama mereka dan pihak berkuasa akan mengenakan denda yang berat kepada keluarga kanak-kanak yang belajar al-Quran dan berpuasa.

Baru-baru ini kerajaan Mesir menangkap ribuan umat Islam dari Asia Timur, kebanyakannya melarikan diri daripada penganiayaan kerajaan komunis China. Serbuan dan tangkapan itu dilakukan selepas pihak berkuasa China mengarahkan semua pelajar etnik Uyghur yang berada di luar negara pulang ke negara Tembok Besar sebelum 20 Mei lalu, sebagai sebahagian daripada tindakan kerajaan untuk menyekat aktiviti politik.

“Kami juga menyeru kerajaan komunis China supaya berhenti menzalimi etnik ini dan melayan mereka seperti manusia lain iaitu diberi hak kebebasan untuk menzahirkan syiar pegangan agama mereka” tegas Rabitah Ulama Ahlul Sunnah.

Kenyataan penuh dalam bahasa arab di sini

Sumber: http://muis.org.my/2017/07/penangkapan-muslim-uyghur-di-mesir-adalah-satu-kezaliman/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts