Peneroka haram Israel tembak peserta solidariti Sheikh Jarrah

 

 

RAMALLAH – Seorang peneroka haram Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang turut serta dalam perhimpunan solidariti untuk penduduk Sheikh Jarrah.

Kejadian berlaku di mana empat keluarga Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur menunggu keputusan daripada Mahkamah Tinggi Israel berhubung pengusiran paksa dari kediaman mereka.

Saksi memberitahu, seorang peneroka melepaskan tembakan ke arah pemuda Palestin ketika acara solidariti bersama penduduk Sheikh Jarrah.

Mangsa mengalami cedera ringan di kaki.

Susulan kejadian itu, polis Israel bertindak menutup kawasan berkenaan.

Keempat-empat keluarga Palestin – Kurd, Skafi, Jaouni, dan al-Qassem – telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung pengusiran paksa dari rumah mereka untuk kepentingan peneroka haram.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan lebih daripada 500 penduduk Palestin – terdiri daripada 28 keluarga – menghadapi pengusiran paksa dari kawasan kejiranan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts