Pengganas Israel paksa keluarga Palestin roboh rumah sendiri

 

BAITULMAQDIS – Tentera pengganas Israel memaksa dua keluarga Palestin merobohkan kediaman mereka sendiri, semalam di kawasan Silwan berhampiran Baitulmaqdis yang diduduki, lapor agensi berita Wafa.

Anggota Jawatankuasa Pertahanan Tanah Silwan, Khaled Abu Tayeh berkata, keluarga Iyad Abu Sbeih terpaksa merobohkan rumah satu tingkat mereka untuk mengelakkan pembayaran yuran perobohan kepada pasukan penjajah.

Beliau berkata, rumah lain adalah milik Issa Illan Oweisat, yang terletak di Jabal Al-Mukabber, juga dikeluarkan perintah perobohan.

Pasukan penjajah Israel memerintahkan perobohan rumah-rumah tersebut dalam konteks ianya dibina tanpa mendapatkan izin.

Perancangan ketat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Israel menjadikan ia hampir mustahil bagi orang Palestin untuk mendapatkan izin pembinaan bangunan di Kawasan C, di mana Baitulmaqdis Timur berpusat, hingga menghalangi pembangunan perumahan, infrastruktur dan kehidupan.

Sementara itu, pihak berkuasa pendudukan Israel merampas, 200 dunam (49 ekar) tanah pertanian Palestin dari perkampungan Kisan di timur Bethlehem, selain mengeluarkan perintah untuk merobohkan gudang.

Timbalan Datuk Bandar kampung Kisan, Ahmad Ghazal, menyatakan bahawa pasukan tentera besar menyerang wilayah At-Tina, Selatan desa, dan memberitahu keluarga tempatan bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki tanah mereka kerana ia telah disita oleh tentera untuk tujuan ketenteraan.

Beliau berkata, tentera Israel juga mengeluarkan perintah untuk merobohkan sebuah gudang yang dimiliki Hussein Abdullah ‘Obeyyat, dan memaklumkan kepadanya bahawa dia hanya memiliki 24 jam untuk meratakan hartanah dan meninggalkan tanahnya atau menghadapi penangkapan di samping denda tinggi dan lain-lain hukuman, termasuk kemungkinan hukuman penjara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts