Pengganas Israel tangkap 200 kanak-kanak Palestin

 

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 200 kanak-kanak Palestin di Baitulmaqdis ditahan tentera pengganas Israel sejak beberapa bulan lalu.

Menurut data daripada Pertubuhan Hak-Hak Sivil Israel (ACRI), lebih 600 penduduk ditangkap sejak rejim berkenaan melancarkan serbuan di kawasan kejiranan Issawiya, di mana satu pertiga daripada mereka adalah kanak-kanak bawah umur.

Laporan itu mendakwa, serbuan berkenaan dikategorikan sebagai ‘pelanggaran hak’ kanak-kanak, termasuk menggunakan kekerasan, penangkapan pada waktu malam dan mengheret mereka dalam kereta ronda dengan ugutan serta diikat tangan.

ACRI berkata, polis Israel secara sistematik melanggar hak kanak-kanak di Issawiya, selain melaksanakan undang-undang yang membenarkan polis tidak mematuhi peraturan dalam kes-kes melampau.

Laporan itu turut merujuk beberapa contoh, termasuk penangkapan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tiga minggu lalu.

“Pegawai polis mengheretnya ke dalam kereta ronda, dan membawanya ke balai polis. Klip video penangkapan itu tersebar di media sosial, yang memaparkan mangsa dalam keadaan ketakutan dan cemas,” kata laporan itu.

Apabila bapa kanak-kanak itu tiba di balai polis, dia dimaklumkan bahawa anaknya ditangkap kerana telah melemparkan batu.

“Polis tunjukkan video mengatakan itu anak saya, dan saya memberitahunya ia bukan dia (anaknya). Tidak lama kemudian barulah mereka menyedari dan membebaskan anak saya,” kata Samar, bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, tindakan pasukan polis Israel di Issawiya sejak beberapa bulan lalu telah mencetuskan ketegangan dengan ratusan insiden rusuhan di terhadap orang awam dan pasukan keselamatan. – Ismaweb

⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts