Hubungan Hamas-Qatar masih kukuh

 

GAZA – Hubungan antara Hamas dan Qatar masih kukuh meskipun berlaku tekanan kuat oleh beberapa negara Arab ke atas negara kecil itu.

Dalam sidang media di Gaza semalam, Naib Ketua Hamas, Khalil Al-Hayyah berkata, hubungan Hamas dengan Qatar masih kuat dan pemimpinnya yang menetap di negara itu masih berada di sana.

“Pihak yang paling untung dalam krisis ini ialah rejim Zionis Israel. Kami mahu perkara ini diselesaikan segera.

“Kami juga ingin menyatakan bahawa Hamas tidak bermaksud untuk membawa apa-apa masalah kepada mana-mana negara Arab.

“Kami mahu hubungan seimbang dengan semua negara, kerana hakikatnya kami bukan sebahagian daripada masalah tetapi kami diheret masuk,” katanya.

Al-Hayyah juga memberitahu media bahawa Ketua Hamas, Ismail Haniyyah kini tinggal di Gaza dan tidak akan meninggalkannya kecuali untuk berurusan di negara lain.

“Biasanya Ketua Hamas akan tinggal di luar Palestin untuk memudahkan pergerakan dan memantau institusi-institusi dan sayap pergerakan yang ada di merata tempat,” katanya lagi.

Selain itu katanya, antara bukti hubungan Hamas dengan Qatar masih kuat ialah pemimpin Hamas yang menetap di situ masih berada di Qatar seperti bekas ketua, Khaled Mashaal yang tinggal di Doha sejak beberapa tahun.

Sementara itu, Al-Hayyah menjelaskan hubungan Hamas dengan Mesir semakin baik.

Ia berikutan lawatan selama seminggu Hamas ke Kaherah pada minggu lepas.

“Kita akan melihat kesan hubungan baik ini tidak lama lagi.

“Mesir berjanji mengurangkan tekanan ke atas Gaza dengan membuka sempadan Rafah secara berjadual, dan memudahkan urusan keluar masuk barangan perniagaan,” katanya.

Pada 12 Jun lepas, rombongan pemimpin Hamas kembali ke Gaza selepas mengadakan pertemuan dengan pihak keselamatan dan perisikan Mesir dalam lawatan rasmi ke Kaherah selama seminggu.

Beliau juga menyelar tindakan beberapa negara Arab yang semakin berlembut dengan Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts