Senario anak muda tak ke masjid membimbangkan

 

BANGI – Ketidakhadiran jemaah dalam kalangan generasi muda ke masjid pada waktu solat adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan.

Ini kerana generasi muda merupakan pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan, dan jiwa mereka perlu diisi dengan ilmu keagamaan yang baik.

Sehubungan itu, Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin yang mengambil berat berkenaan masalah tersebut mengajak, masyarakat memikirkan apa yang boleh dilakukan bagi memperbetulkan keadaan.

“Saya sempat berkunjung ke beberapa buah negeri sejak larangan merentas negeri diangkat oleh kerajaan.

“Di antara soalan di benak kepala yang belum terjawab adalah di manakah anak-anak muda kita terutamanya di kalangan para pelajar sekolah menengah dan IPT semasa waktu solat?

“Kini jarang sekali kelihatan generasi muda kita yang solat berjemaah di masjid, apatah lagi semasa solat Subuh. Secara peribadi, saya sangat concern dengan senario ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kebimbangan itu berasas selepas polis menahan 21 individu termasuk empat pelajar sekolah menengah yang menyertai pesta liar di sebuah apartment servis di Bukit Bintang, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Nartotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 4.30 pagi.

Katanya, ketika serbuan, polis telah memeriksa 34 individu yang terdiri daripada 28 lelaki dan enam wanita yang berada di kediaman terbabit.

“Daripada jumlah itu, seramai 21 orang didapati positif dadah jenis methamphetamine. Bagi mereka yang didapati negatif ujian saringan air kencing, (mereka) dibebaskan tanpa syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seorang daripada mereka merupakan pelajar kolej swasta.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Fardu kifayah di Jepun

  ALHAMDULILLAH, saya diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melaksanakan ibadah fardu kifayah di bumi matahari terbit ini.…