Penggunaan kuasa veto AS satu tindakan keganasan: Dr Ali Al-Qaradaghi

 

QATAR – Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Syeikh Dr Ali Al-Qaradaghi menyifatkan tindakan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto untuk menolak deraf Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sebagai satu tindakan keganasan terhadap hak asasi manusia serta dunia keseluruhannya.

Kata beliau di laman twitternya bagaimana apabila 14 negara yang menyokong resolusi tersebut namun satu negara iaitu AS telah menolaknya menggunakan kuasa veto lalu terbatallah resolusi itu.

“Bukankah ini satu tindakan keganasan kerana ia menyokong kezaliman (pembunuhan) serta menolak satu kehendak yang telah dipersetujui dan disepakati oleh seluruh dunia lainnya?”

Tambah beliau lagi namun perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana AS sendiri telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 42 kali demi menjaga kepentingan rejim Zionis Israel sejak dahulu lagi.

“Amat pelik apabila ada sebahagian negara Arab yang masih mengharapkan AS menjadi orang tengah untuk mendamaikan Israel-Palestin sedangkan pendirian mereka langsung tidak pernah berubah iaitu menjaga sekutu rapat mereka rejim Zionis”

Terdahulu, UNSC membuat keputusan menolak pengiktirafan Presiden Donald Trump menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, dan rancangannya untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar yang dijajah dan diduduki secara haram oleh rejim Israel.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley mendakwa Baitulmaqdis adalah tanah air bagi budaya, politik dan kepercayaan Yahudi sejak ribuan tahun lalu, mereka tidak ada ibu negara lain.

“Amerika Syarikat mempunyai kedaulatan untuk menentukan di mana dan sama ada kami menempatkan kedutaan,” kata Haley sambil menggambarkan undi Majlis Keselamatan itu sebagai ‘penghinaan yang tidak akan dilupakan’.

Bersama Britain, Perancis, Russia dan China, AS adalah anggota tetap Majlis Keselamatan, yang mempunyai kuasa veto untuk menghalang sebarang resolusi daripada diluluskan.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, keputusan AS itu mendorong Israel untuk meneruskan jenayah terhadap rakyat Palestin dan menduduki wilayah Palestin secara haram.

Deraf yang disediakan Mesir mengulangi pendirian PBB sebelum ini mengenai Baitulmaqdis, yang mengesahkan bahawa apa-apa keputusan dan tindakan yang berupaya mengubah status atau komposisi demografi Baitulmaqdis tidak ada kesan undang-undang, adalah batal dan tidak sah dan mesti mematuhi resolusi Majlis Keselamatan. – muis.org.my

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts