Perang saudara Syria: 224 terbunuh minggu pertama Ramadan

c0a3321cb1334471b5bc5783aca5b035_18

 

BEIRUT, Selasa – Sekurang-kurangnya 224 terbunuh pada minggu pertama Ramadan di Syria berikutan serangan pengeboman oleh pesawat pejuang Syria dan Rusia, lapor pemerhati.

Balai Cerap bagi Hak Asasi Manusia Syria yang berpengkalan di Britain berkata, sekurang-kurangnya 148 orang awam termasuk 50 kanak-kanak dan 15 wanita antara mangsa terkorban berikutan serangan itu.

Malah menurut laporan sama, sekurang-kurangnya 12 yang lain terbunuh dalam serangan berasingan oleh pemberontak dan kumpulan pelampau IS.

“Kami sekali lagi mengutuk sekerasnya jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Syria dan berharap supaya masyarakat antarabangsa tidak hanya berdiam sahaja mengenai perkara ini,” kata pemerhati.

Katanya, jumlah angka kematian itu juga termasuk serangan udara ke atas sebuah pasar di bandar Idlib baru-baru ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang awam maut termasuk wanita dan kanak-kanak.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/perang-saudara-syria-224-terbunuh-minggu-pertama-ramadan/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts