Perjuangan martabatkan tulisan Jawi masih belum selesai

 

BANGI – Hari ini genap setahun gerakan kebangkitan semangat memartabatkan tulisan Jawi dan bahasa kebangsaan yang disertai Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

Pada 15 Februari tahun lalu, PEMBELA menyerahkan memorandum kepada Istana Negara sebagai mesej dan tanda sokongan rakyat kepada pihak istana untuk terus menggerakkan inisiatif penggunaan tulisan Jawi di Malaysia.

Himpunan 152 Istana Negara itu turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain khususnya persatuan-persatuan silat dan budaya Melayu.

Usaha murni itu membuahkan hasil apabila pelbagai pihak mula menggerakkan arus menghidupkan penggunaan tulisan Jawi di tempat-tempat awam.

Lebih manis lagi, Istana Pahang dan banyak negeri lain sudah dan mula mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di papan-papan tanda perniagaan.

Bahkan, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga turut mempopularkan tulisan Jawi melalui media sosial dan menjadi ikutan rakyat marhaen secara positif.

“Bagaimanapun, ada pihak yang bermatian menentang tulisan Jawi dengan pelbagai hujah dangkal, antaranya kononnya ini adalah usaha mengislamkan warga bukan Islam.

“Mereka juga menghasut sekolah-sekolah vernakular menolak tulisan Jawi di sekolah mereka sampaikan mereka memasang kain-kain rentang di sekolah tanda protes. Dan banyak lagi contoh kebiadaban yang berlaku,” kata PEMBELA dalam satu kenyataan, hari ini.

Sambil meluahkan rasa syukur apabila tulisan Jawi terus diarusperdanakan, PEMBELA berkata, usaha itu tidak akan terhenti.

“Perjalanan memartabatkan tulisan Jawi masih panjang dan ianya perjuangan kita semua!,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts