Persediaan sahabat menyambut Ramadan

  1. al-Ma’la (Mu’alla) ibn al-Fadhl pernah mengungkapkan bahawa para sahabat akan berdoa enam bulan lebih awal sebelum datangnya Ramadan. Kerinduan mereka terhadap ramadan mendorong mereka berdoa supaya dikurniakan Ramadan.
  2. Saidina Anas bin Malik pula menceritakan bahawa apabila masuknya Syaaban, kaum Muslimin akan menyemak semula mushaf (al-Quran) mereka sebagai persediaan untuk Ramadan. Kata Anas:

كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبُّوا على المصاحف فقرءوها

“Sesungguhnya orang Muslim itu, apabila masuknya Syaaban, mereka akan membuka mushaf al-Quran mereka lalu mereka membacanya (sebagai persediaan untuk Ramadan).

  1. Malah al-Hasan al-Basri mencela mereka yang tidak bersedia untuk Ramadan. Kata beliau: Sesungguhnya Allah menyediakan Ramdan ruang perlumbaan buat hamba-hambanya, maka beruntunglah orang yang mengejar keampunannnya. Lalu beliau berkata:

فالعجبُ من اللاعب الضاحك، في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون

“Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan).

  1. Generasi terdahulu sering mempersiapkan diri mereka lebih awal untuk menyambut Ramadan. Maka apakah yang telah kita persiapkan buat diri kita?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts