PM perlu berani perkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan

BANGI – Konsep ‘Keluarga Malaysia’ diharap dapat mengembalikan negara ini kepada identiti watan yang asal atas semangat Perlembagaan serta Rukun Negara – yang sekian lama menjadi tunjang perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama.

Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim berkata, konsep dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seharusnya memperkukuh peranan Islam sebagai Agama Persekutuan, Melayu sebagai bangsa tunggak serta Raja sebagai payung negara.

Ia tidak sepatutnya mengikis semua tiang seri itu kononnya atas niat mulia ‘meraikan’ kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

“Seakan sudah menjadi kemestian setiap Perdana Menteri baharu yang dilantik menerajui kepimpinan negara akan mengangkat satu tema atau ‘tagline’ bagi mengungkap pembaharuan yang ingin dibawa.

“Datuk Seri Ismail Sabri memilih ‘Keluarga Malaysia’.

“Namun perinciannya masih belum jelas. Biasalah. Perdana Menteri sebelum-sebelum ini juga memilih tema dahulu. Kemudian barulah dilantik konsultan bagi mengisi perinciannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lukman mendakwa, bangsa Melayu sudah cukup bertoleransi selama 64 tahun yang lalu, sehingga mereka terus tertinggal dari segenap aspek kehidupan bernegara.

Dakwanya, yang kaya dan berjaya hanya pemimpin politik Melayu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri supaya berani membuat perubahan yang sebenar.

“Jika tidak ‘Keluarga Malaysia’ akan mengikut jejak langkah ‘1Malaysia’ yang akhirnya terkubur begitu sahaja bersama individu yang menciptanya

“Tiada kesan. Tiada siapa yang perasan,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts