Gurauan suami dengan berpura-pura curang terhadap isteri adalah haram. Islam melarang gurauan berunsur penipuan, lebih-lebih lagi yang menyakiti emosi atau fizikal pasangan. Ia bertentangan dengan nilai kasih sayang dalam perkahwinan dan tidak wajar dijadikan bahan hiburan umum di media sosial.
Penjelasan
- Islam Menganjurkan Kasih Sayang:
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Rum ayat 21 bahawa perkahwinan adalah untuk ketenangan, kasih sayang dan rahmat. Hubungan suami isteri harus diasaskan pada kelembutan dan kepercayaan. - Larangan Gurauan yang Menipu:
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang menipu untuk buat orang ketawa…”
(Riwayat Abu Daud) Hadis ini memberi amaran keras kepada sesiapa yang menjadikan penipuan sebagai bahan jenaka. - Akhlak Islam Tegas Terhadap Penipuan:
Nabi SAW menyatakan bahawa penipuan tetap tidak dibolehkan sama ada dalam keadaan serius atau bergurau. Bahkan, orang yang suka menipu akan dicatat sebagai ‘penipu’ di akhirat kelak. - Kesan Emosi dan Mental:
Prank sebegini boleh mengakibatkan trauma, kegelisahan dan gangguan mental kepada pasangan. Dalam Islam, menyakiti hati atau fizikal pasangan adalah dosa, walaupun atas nama ‘gurauan’.
Hukum prank suami curang terhadap isteri adalah haram kerana ia melibatkan penipuan, menyakiti pasangan, dan bertentangan dengan prinsip kasih sayang dalam rumahtangga. Ia juga memberi kesan buruk dari segi emosi dan psikologi. Trend gurauan seperti ini tidak wajar diikuti atau dijadikan konten media sosial.
Wallahua’lam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan