Prosedur umrah jemaah Malaysia akan diumum dalam masa terdekat

BENTONG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, prosedur menunaikan umrah bagi rakyat Malaysia akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan dengan Kedutaan Arab Saudi, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, antara aspek diberi tumpuan adalah meneliti isu pemberian visa umrah dan pelancongan kepada umat Islam yang bercadang untuk mengerjakan ibadah tersebut dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerajaan berkemungkinan melihat dengan lebih dekat keperluan visa pelancongan dan umrah disekalikan agar tidak timbul masalah ketika buat mengerjakan umrah.

Jika kedua-dua visa berkenaan dapat dibuat di Malaysia, proses itu akan lebih memudahkan rakyat negara ini untuk ke tanah suci, katanya.

“Ketika ini pihak kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengutip sebanyak mungkin maklumat penting berkaitan sebelum proses kebenaran umrah.

“Insya-Allah apabila mendapat syarat nyata akan diumumkan kepada masyarakat,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Bantuan Musaadah 2021 di Masjid Sultan Abu Bakar Kampung Janda Baik, hari ini.

Menurut Dr Zulkifli, rakyat Malaysia dibenarkan menunaikan ibadah umrah tahun ini selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan umrah dibuka semula kepada jemaah luar negara bermula hari ini.

Terdahulu, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saed Qattan berkata, kadar vaksinasi Malaysia yang merupakan antara terpantas di dunia membolehkan ia disenaraikan antara 49 negara yang diberi kelulusan Arab Saudi bagi tujuan pelancongan bermula 1 Ogos lalu.Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts