Qatar beri RM1.9b kepada Palestin

 

DOHA: Qatar memperuntukkan bantuan berjumlah AS$480 juta (RM1.9 bilion) kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) bagi menyokong pendidikan dan perkhidmatan kesihatan serta menyediakan bantuan kemanusiaan segera.

PA yang dipimpin Presiden Mahmud Abbas berhadapan pemotongan dua daripada sumber pendapatan utamanya.

Washington menamatkan semua bantuan dua hala Amerika Syarikat sebagai reaksi terhadap tindakan Palestin memutuskan hubungan selepas ia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara wilayah Israel pada 2017.

“Qatar memperuntukkan AS$300 juta (RM1.2 bilion) dalam bentuk geran dan pinjaman bagi belanjawan sektor kesihatan dan pendidikan PA,” lapor Agensi Berita Qatar.

Doha turut menyediakan peruntukkan tambahan AS$180 juta (RM747 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan segera dan sebagai bantuan menyokong program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin.

Bantuan juga akan disalurkan ke sektor tenaga untuk memastikan bekalan tidak terganggu, kata kenyataan itu.

Pada Februari lalu, Israel memotong kira-kira AS$10 juta (RM41 juta) sebulan dari duti kastam yang dipindahkannya kepada Palestin, dengan alasan jumlah itu menyamai pembayaran ke atas keluarga tahanan atau diberikan kepada banduan di penjara Israel.

Palestin dalam satu kenyataan, enggan menerima sebarang dana yang dipotong oleh Israel. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts