Quran Berhabuk, Hati Pun Jadi Kusam

Kita sibuk kejar dunia. Sibuk scroll TikTok, Netflix sampai ke subuh. Tapi bila sampai bab buka Al-Quran? Sunyi. Bisu. Tak terlintas pun nak selak walau sehelai muka surat.

Sedangkan itulah kalam Tuhan.

Berapa ramai antara kita yang bangga kata “Islam agama aku,” tapi Quran pun tak kenal. Last baca? Entah bila. Nak khatam pun macam mustahil. Bila ditegur, jawabnya “Belum sampai seru.” Tapi bila phone berbunyi, terus bangun!

Apa jadi kalau kita terus hidup macam ni?

Quran bukan sekadar kitab. Ia penunjuk jalan. Bila kita abaikan Quran, jangan pelik kalau hidup makin serabut, hati makin kosong, dosa makin menimbun. Kita makin jauh dari Allah, tapi pelik kenapa tak tenang-tenang?

Allah sebut dalam Surah al-Furqan ayat 30:

وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًۭا
“Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang tidak dipedulikan.”

Kita nak ke jadi golongan yang Rasulullah sendiri mengadu tentang kita? Yang tinggalkan Quran bukan sebab jahil, tapi sebab malas. Sebab lalai. Sebab tak rasa apa-apa pun bila dengar ayat Tuhan.

Sedarlah! Buka semula mushaf yang dah lama berhabuk tu. Tak mampu sejam, lima minit pun takpa. Baca, tadabbur, hayati. Jangan biar Quran jadi saksi yang melawan kita di akhirat nanti.

Mulakan hari ini. Sekarang. Selak satu muka surat. Biarlah Quran jadi cahaya hidup, bukan azab di kubur.

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts