Rakyat Palestin di Lubnan terus Bantah keputusan Trump

 

BEIRUT – Bantahan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel diteruskan berhampiran pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan keselamatan Lubnan terpaksa melepaskan gas pemedih mata terhadap ratusan penunjuk perasaan yang membantah keputusan Presiden Donald Trump, Rabu lalu.

Menurut laporan al-Jazeera, ratusan rakyat Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan selepas dihalang masuk ke Kedutaan AS.

Pasukan keselamatan dilaporkan mengepung sekeliling kawasan kedutaan dan melepaskan meriam air bagi menghentikan ratusan penunjuk perasaan yang berada 3 kilometer daripada bangunan itu.

Sejak 1947, kira-kira 450,000 rakyat Palestin berada di Lubnan selepas melarikan diri daripada rejim Israel dan berlindung di 12 kem pelarian negara itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts