Rakyat Palestin perhebat demonstrasi tahun depan

 

BAITULMAQDIS – Palestin telah mengumumkan bahawa demonstrasi March of Return and Breaking the Siege akan diteruskan pada tahun 2020 – tanda mengendurkan ketegangan di antara pergerakan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan rejim Israel di Semenanjung Gaza.

Pesuruhjaya Tinggi March of Return, Talal Abu Zarifa mengumumkan, hampir 20 bulan demonstrasi mingguan itu dilakukan dan ia akan berkurangan menjelang sambutan tahun baharu.

Katanya, bermula 30 Mac depan, demonstrasi akan dilakukan pada setiap bulan dan memerlukan lebih ramai orang untuk berkumpul bagi merealisasikannya.

“Kami, Suruhanjaya Tinggi The Great March of Return membuat keputusan ini dan mewujudkan satu tanggungjawab nasional.

 

 

“Melalui keputusan ini, kami mengesahkan perkara berkenaan yang berperanan sebagai kepimpinan suruhanjaya yang berani dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Talal memberitahu, demonstrasi pada 27 Disember ini akan menjadi protes terakhir mereka.

Sementara itu, Jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanu menegaskan, demonstrasi akan kembali semula dan ia merupakan satu usaha rakyat Palestin yang harus diteruskan.

“Demonstrasi adalah salah satu bentuknya, dan terdapat beberapa usaha harus diteruskan oleh pihak Palestin dan mengekalkan kesinambungannya,” katanya.

Terdahulu, demonstrasi telah bermula di negara ini sejak Mac 2018 bagi menuntut semula hak rakyat Palestin.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts