RAMADAN BERSAMA YAMAN 2020

 

RAMADAN BERSAMA YAMAN 2020

Alhamdulillah kempen Ramadan Bersama Palestin telah membantu warga Palestin dan Syria sepanjang bulan Ramadan ini hasil sumbangan rakyat Malaysia dan nusantara.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan untuk turut membantu saudara kita di Yaman, Aman Palestin dengan kerjasama International Association for Relief and Development (ONSUR) melancarkan kempen Ramadan Bersama Yaman bagi menyampaikan bantuan di kawasan Ibb, Al-Hudaydah dan Sana’a.

Yaman merupakan negara Arab termiskin yang berada di ambang kebuluran dan masalah kemerosotan ekonomi yang sangat teruk. Konflik di sana menghampiri empat tahun. Dianggarkan 80% penduduk (24 juta orang) memerlukan bantuan kemanusiaan. Dua pertiga daripada semua daerah di negara Yaman dilanda kebuluran.

Saudara kita berada dalam keadaan kritikal yang mampu meragut nyawa. Rawatan kesihatan yang tidak mencukupi, kekurangan zat makanan, kekurangan akses air dan sanitasi yang selamat, tahap kebersihan yang menyedihkan serta mereka terdedah kepada pelbagai penyakit.

Aman Palestin menyeru agar kita bersama-sama ringankan beban mereka dengan sertai pakej Bakul Ramadan.

1 BAKUL RAMADAN = RM250

Pakej Bakul Ramadan ini mengandungi keperluan untuk sebuah keluarga seperti berikut:
1. Tepung gandum 25kg
2. Gula 10kg
3. Beras 10kg
4. Minyak 10kg
5. Kacang parang 3kg (6pek)
6. Pes Tomato 2.4kg (24pek)
7. Kacang pis 3kg (6pek)

Aman Palestin mensasarkan 1,000 keluarga bakal mendapat manfaat dari Bakul Ramadan ini. Semoga usaha ini dapat menampung keperluan mereka untuk sahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadan.

⚡️ Salurkan sumbangan Bakul Ramadan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: RBY

Ayuh bersama bantu saudara kita di Yaman, bumi yang telah didoakan oleh Rasulullah SAW:

اللهم بارك لنا في شامنا ، اللهم بارك لنا في يمننا

‘Ya Allah, berkatilah bagi kami pada Syam kami, Ya Allah, berkatilah bagi kami pada Yaman kami.” (HR al-Bukhari)

#AmanPalestin
#RamadanBersamaYaman

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts