Kit ujian Covid-19 habis, Gaza minta bantuan antarabangsa

 

GAZA – Pihak berkuasa kesihatan Semenanjung Gaza bimbang wabak Covid-19 di kawasan terkepung akan terus merebak selepas wilayah itu kehabisan kit ujian coronavirus.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, ujian di makmal pusat telah terhenti selepas kehabisan kit ujian coronavirus.

Setakat ini, Gaza melaporkan 13 kes jangkitan Covid-19 yang kini ditempatkan di sebuah pusat kuarantin.
Bagaimanapun, pegawai bimbang kekurangan peralatan kritikal dan bekalan ubat boleh menyebabkan penularan kepada dua juta penduduk di kawasan itu.

Dalam taklimat berita, Ashraf berkata, puluhan sampel sedang menunggu ujian dan ratusan orang berkemungkinan terpaksa dikuarantinkan sementara menunggu keputusan.

Justeru, beliau merayu kepada organisasi antarabangsa supaya membantu menyediakan alat penguji di Gaza, termasuk 100 alat bantuan pernafasan dan 140 katil untuk unit rawatan rapi (ICU).

 

 

Terdahulu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) telah menutup sekolah, masjid dan dewan orang ramai serta mengharamkan perhimpunan jalanan bagi menghentikan penularan wabak.

Bagaimanapun, Hamas belum memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung ke atas dua juta penduduk Gaza, kerana menganggap belum ada keperluan berbuat demikian.

Sebanyak 250 kes dan satu kematian dilaporkan di kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat – wilayah yang dijajah oleh rejim Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Salurkan bantuan kecemasan dan perubatan untuk Palestin melalui kempen Ramadan Bersama Palestin:

🅰️ PAKEJ RAMADAN BERSAMA PALESTIN
Bernilai RM500 (rujukan: RBP)

Jenis sumbangan yang disalurkan:
1️⃣ Bantuan Kecemasan dan Perubatan
2️⃣ Pek Makanan
3️⃣ Imarah Masjid Al-Aqsa
4️⃣ Sahur dan Iftar

🅱️ TABUNG RAMADAN KAREEM
Sumbangan umum RM10, RM50, RM100 (rujukan: TRK)

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: RBP / TRK

Daripada Zaid bin Khalid RA, bersabda Rasulullah SAW:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts