Rasuah punca pemimpin rosak, tak amanah

 

BANGI – Semua pihak perlu memandang serius kebimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berhubung kes rasuah bagi menjamin perjalanan pentadbiran yang amanah dan bertanggungjawab.

Sultan Selangor sebelum ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melayan sebarang penangguhan perbicaraan membabitkan kes rasuah, terutamanya di negeri itu.

Baginda berharap SPRM dapat melakukan siasatan yang telus dan teliti, supaya pelaku yang dihadapkan ke mahkamah tidak terlepas dengan mudah.

Baginda turut menyasarkan supaya gejala rasuah di Selangor dibanteras sepenuhnya supaya ia tidak menjadi masalah yang lebih besar yang boleh memudaratkan generasi masa hadapan serta merosakkan masyarakat.

Menghargai keprihatinan baginda terhadap isu rakyat, pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, gejala rasuah bukan sahaja boleh merosakkan pentadbiran bahkan boleh melumpuhkan negara keseluruhannya.

Dalam hal politik, ia boleh melahirkan pemimpin yang rosak dan tidak amanah, sementara melibatkan ekonomi, ekonomi negara mungkin lumpuh.

“Begitu juga dalam sektor lain. Bila rasuah sudah menjadi darah daging dalam sektor tersebut, ketidakadilan dan penyelewengan akan berlaku sewenang-wenangnya.

“Sepatutnya mereka yang terlibat dengan rasuah perlu dibicarakan secepat mungkin supaya mereka cepat dihukum.

“Selagi belum dibicarakan pelbagai kesempatan mereka akan guna untuk menutup kes mereka,” dakwanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Pada masa sama, Ustaz Sharipudin bimbang pihak berkenaan masih bebas melakukan sebarang tindakan untuk membebaskan diri.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, beliau mendakwa, mereka juga masih mempunyai kuasa kerana belum dijatuhkan hukuman. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts