Rasulullah memuliakan tukang sapu

  1. Jangan kita sesekali memandang rendah kepada orang yang berada disekeliling kita sekalipun mereka hanyalah seorang tukang sapu. Terdapat seorang wanita bernama Ummu Mihjan (atau Mihjanah) yang sering membersihkan masjid Nabawi. Beliau telah meninggal dunia pada malam hari dan sahabat menunaikan solat jenazah dan mengebumikan beliau tanpa pengetahuan Rasulullah.
  2. Namun Rasulullah perasan ketiadaan Ummu Mihjan, lalu Baginda bertanya kepada para sahabat: Di mana Ummu Mihjan? Sahabat menjawab: “Dia telah meninggal.” Rasulullah (barangkali dengan nada yang kecewa menegur): “Mengapa kamu tidak memaklumkan padaku? Tunjukkan aku di mana kuburnya.”
  3. Tibanya dikubur, Rasulullah mendoakan beliau dan Baginda bersabda:

إن هذه القبور مملوءة ظلمة على أهلها، وإن الله تعالى يُنوِّرُها لهم بصلاتي عليهم

“Sesungguhnya kubur ini gelap buat ahlinya, dan sesungguhnya Allah akan melimpahkan cahaya buat mereka melalui doaku kepada mereka.” (HR Muslim)

  1. Menurut Qadhi Iyad, hadis ini menggambarkan kepada kita betapa Rasulullah sangat peka terhadap orang yang susah. Ummu Mihjan adalah wanita yang miskin, namun beliau rajin membersihkan Masjid Nabi.
  2. Hadis ini turut mendidik kita bagaimana Rasululah sentiasa menghargai amalan seseorang walaupun orang lain menganggap perkara tersebut kecil. Rasulullah melihat amalan seseorang itu dengan nilai yang tinggi walaupun hanya dengan amalan yang kecil. Ummu Mihjan bukanlah terlibat di dalam peperangan maupun pentadbiran Madinah. Namun usaha beliau membersihkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah.
  3. Justeru, janganlah kita memandang rendah orang yang berada di sekeliling kita. Jadilah seperti Ummu Mihjan yang melakukan sedikit amalan yang baik dan bermanfaat untuk kaum Muslimin. Lakukanlah sedikit, walaupun dengan berkongsi (share) nasihat yang bermanfaat di media social kerana kita tidak tahu amalan mana yang akan membawa kita ke syurga.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts