Rasulullah SAW dan menjauhi tempat mungkar

 

1. Rasulullah ﷺ sering mengingatkan sahabat supaya menjauhi tempat yang boleh mendatangkan fitnah dan berlakunya kemungkaran.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ﷺ berpesan:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Maksudnya: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)

Hadith ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya seorang Muslim berada ditempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah. Ini kerana keberadaan mereka ditempat tersebut seolah bersetuju dengan kemunkaran yang berlaku. Malah dibimbangi ia akan memberikan kesan negative kepada diri seorang Muslim.

3. Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut. Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: Kamu adalah sebahagian dari mereka. (al-Qurtubi, Tafsir)

 

Image may contain: text

 

4. Ingatkah kita akan hadith berkenaan seorang lelaki yang telah membunuh seratus orang manusia. Beliau dinasihati supaya berpindah ke tempat yang lebih baik supaya membantu dalam membetuk peribadi seseorang itu supaya menjadi lebih baik. Hadith ini mendidik kita tentang kepentingan persekitaran dan kawasan yang baik dalam membina syakhsiah Muslim.

5. Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas. (Ibn Battal, Sharh al-Bukhari).

6. Dalam gejala kerosakan akhlak yang semakin membimbangkan, setiap Muslim seharusnya menjadi contoh buat anak muda bagi membimbing mereka dalam memilih persekitaran yang baik, sesuai dengan pembangunan jatidiri seorang Muslim.

Mudah-mudah Allah merahmati kita.

DR AHMAD SANUSI AZMI
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts