Rasulullah SAW dan solat Subuh berjemaah

 

1. Menurut Ubai ibn Ka’b, pada suatu hari, Rasulullah ﷺ keluar untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Setelah selesai solat, Baginda ﷺ memerhatikan jemaah lalu meneliti sahabat yang tidak hadir solat subuh berjemaah. Rasulullah ﷺ lalu bertanya: “Apakah si fulan ini telah mati syahid?” Sahabat menjawab: “Tidak.” Kemudian Baginda ﷺ memerhatikan lagi lalu berkata “apakah si fulan telah syahid?” Sahabat lalu menjawab “Tidak.” Lalu Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ

Maksudnya: Ini lah dua solat yang amat berat buat orang yang munafiq (iaitu solat subuh dan isya’). Sekiranya mereka mengetahui besarnya ganjarannya, maka mereka akan datang solat di masjid sekalipun dalam keadaan merangkak. (HR Abu Daud, an-Nasa’ie)

Begitulah Rasulullah ﷺ sangat menekankan akan keperluan solat Subuh berjemaah sehingga diperhatikan kehadiran sahabat dalam saf setelah selesai menunaikannya.

 

 

2. Begitu juga dengan Abdullah ibn Umar. Menurut beliau, para sahabat akan memerhatikan jemaah yang hadir di dalam jemaah subuh. Sekiranya ada yang tidak hadir, mereka sampai satu tahap mempunyai pandangan yang tidak baik (su’ zann) terhadap mereka yang tidak hadir. Kata Ibn Umar:

كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا الظن به

Maksudnya: Sekiranya kami mendapati ada di kalangan kami yang tidak hadir solat berjemaah pada waktu Subuh dan Isya’, maka kami akan mempunyai su’ zan (pandangan yang ragu-ragu/buruk) terhadap kumpulan (yang tidak hadir) ini. (Ibn Khuzaimah, al-Tabrani fi al-Kabir, Ibn Hibban)

3. Saidina Anas pula menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ setiap kali keluar ke solat Subuh, Baginda ﷺ akan lalu di pintu rumah anakandanya Fatimah lalu mengetuk pintu mereka dan berkata: Bangun solat wahai ahli keluargaku! ( الصَّلاَةَ يَا أَهْلَ الْبَيْتِ) (al-Tirmizi)

Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi jemaah Subuh dan membangunkan ahli keluarga kita dengan solat ini.

Ustaz Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts