Ratusan penduduk Palestin cedera angkara tindakan ganas Israel

 

TEBING BARAT– Puluhan rakyat Palestin cedera ditembak rejim pengganas Israel ketika tunjuk perasaan di  bangunan penempatan di Tebing Barat yang dijajah.

Sumber perubatan mendakwa, sembilan penunjuk perasaan Palestin cedera akibat luka terbakar, sementara 39 yang lain disebabkan peluru logam getah. 

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam satu kenyataan memberitahu, 146 rakyat Palestin cedera dalam insiden berasingan di bandar Beita, selatan Nablus. 

Sembilan daripada mereka cedera akibat terkena peluru hidup, 39 lagi kerana peluru logam getah, tujuh luka terbakar dan 87 kes sesak nafas ekoran terkena gas pemedih mata.

Sebahagian mangsa cedera dirawat di hospital, sementara bakinya hanya menerima rawatan di lapangan. 

Di Beit Dajan, timur Nablus, lima penduduk Palestin cedera akibat peluru logam getah dan puluhan yang lain mengalami sesak nafas kerana gas pemedih yang dilepaskan pengganas Israel, menurut saksi. 

Serangan sama turut berlaku di bandar Kafr Qaddum di Timur Qalqilya, apabila tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, peluru logam dan gas pemedih mata terhadap ratusan rakyat Palestin selepas solat Jumaat. 

Difahamkan, puluhan penunjuk perasaan Palestinl yang mengutuk penempatan haram Israel cedera akibat terhidu gas pemedih mata, namun telah dirawat di lapangan. 

Setiap Jumaat, rakyat Palestin mengadakan demontrasi menentang pemukiman dan tembok pemisahan di sebahagian bandar serta kawasan di Tebing Barat.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts