Rejim Assad tumpu serangan ke atas Homs selepas Aleppo

 

HOMS (SYRIA) – Selepas Aleppo, rejim Syria kini menumpukan pula serangan ke atas bandar Homs di timur negara itu, yang masih diduduki kumpulan pejuang dan penentang Presiden Bashar Al-Assad.

Dalam tempoh dua minggu lalu, lebih 20 orang awam dan pejuang dilaporkan terbunuh, termasuk dua yang maut akibat serangan udara pesawat rejim, lapor aktivis dan pemantau.

Al-Waer, kawasan komuniti terakhir diduduki pejuang di timur Homs, berdepan serangan paling sengit berbanding kawasan lain di Syria selama hampir sebulan, tatkala rejim berusaha mengadakan perjanjian dengan penentang.

Bagaimanapun, pengeboman disambung semula awal bulan ini, kata pekerja penyelamat dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di United Kingdom.

SOHR melaporkan tiga orang awam terbunuh awal hari ini, menjadikan jumlah yang terkorban dalam serangan rejim di Homs ialah 30 orang.

Seperti di Aleppo, rejim Assad mahu menduduki semula Homs dengan menawarkan perjanjian yang membolehkan pejuang dan keluarga mereka meninggalkan daerah itu. Sebagaimana perjanjian seperti di kawasan lain, pejuang hanya akan dibenar membawa senjata ringan bersama mereka.

Pejuang pula berkata, perjanjian itu adalah sebahagian strategi kerajaan untuk mengeluarkan secara paksa mereka yang menentang rejim Assad. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts