Rejim pengganas Israel bedil enam kawasan Hamas di Gaza

 

SEMENANJUNG GAZA – Pesawat rejim pengganas Israel melancarkan serangan ke atas enam kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza pada Sabtu.

Menurut pegawai Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf Al Kudra, serangan itu menyebabkan dua rakyat Palestin cedera.

Sumber keselamatan Palestin memberitahu, tentera Israel menyerang enam kubu sayap bersenjata Hamas, Brigade al-Qassam, dipercayai sebagai tindak balas terhadap letupan peranti berhampiran sempadan selatan Israel-Gaza, awal pagi Sabtu yang menyebabkan empat anggota rejim berkenaan cedera.

Sasaran utama serangan itu termasuklah terowong penyusupan di bawah sempadan yang dibina Hamas di daerah kejiranan Zeitoun di Gaza.

Angkatan Pertahanan Israel dalam satu kenyataan mendakwa, empat anggota rejimnya cedera dalam letupan peranti itu, dan menuduh Hamas bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.

“Hamas bertanggungjawab terhadap peranti letupan (IED) yang telah mencederakan tentera,” kata rejim itu. – Ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts