Mengapa banyak hal ehwal Islam dipertikai?

 

SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.
“Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

“Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?” tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts