Ridhuan Tee sebak, seru umat Islam pertahankan Zakir Naik

 

KANGAR: Pendakwah, Prof. Dr. Mohd. Abdullah tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyeru seluruh Muslim serta mualaf agar bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan Dr. Zakir Naik.

Gesaan itu dibuat ketika beliau menjadi panel forum penutup Malaysia Reverts Camp Perlis 2019 di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis di sini hari ini.

Beliau meminta supaya umat Islam tidak membiarkan Dr. Mahathir berseorangan dalam berhadapan pihak-pihak yang terus mendesak pendakwah antarabangsa itu diusir keluar dari negara ini.

“Saya merayu, jangan biarkan Perdana Menteri berseorangan dalam soal ini, kita mesti bersama mempertahankan Zakir. Kalau Zakir diusir keluar, kita tidak akan jumpa dia lagi, tidak akan dengar lagi dakwahnya. Kita mesti bersuara mempertahankan Zakir,” katanya.

 

 

Tambah beliau, musuh Islam hanya mencari satu kesalahan daripada ribuan kebaikan yang dilakukan Zakir sebagai peluang untuk mengusir pendakwah tersebut keluar dari negara ini.

Katanya, ramai lagi pihak yang mengeluarkan kenyataan lebih buruk termasuk menggelarkan Melayu sebagai pendatang namun mereka terus bebas bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Bukalah mata semua, kalau kita tidak pertahankan Zakir, siapa lagi hendak pertahankannya. Mereka pasti akan bertepuk tangan sekiranya Zakir berjaya diusir keluar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Ridhuan juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang membantah tulisan Jawi sedangkan mereka telah diberikan pelbagai keistimewaan selama ini.

“Hendak ajar Jawi enam muka surat sahaja itu pun mereka bantah. Golongan ini dilihat semakin celupar dan kita jangan tunduk,” katanya. – suaraperak.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
10 comments
  1. Semangat yg ditunjukkan olih prof sepatutnya menjadi motivasi kepada umat islam yang lain supaya kita bersatu mempertahan kan saudara islam kita yg sedang dianiaya. Sedangkan musuh musuh islam sentiasa bersatu untuk menjatuhkan kita.
    Apa cara sekali pun bantahan termasuk demontrasi besar besaran dan solat hajat untuk memohon kesejahteraan saudara kita mesti kita lakukan. Ikhtiar lebih baik dari berdiam diri.

  2. Allahu Akbarrrr…… Dengan kuasaMu kami memohon ya Allah… Peliharailah Dr. Zakir dan berikanlah kekuatan yg sebenar kepada kami agar beliau tetap di Malaysia. Ya Allah… Dengan Zat dan qudratMu yg Maha mulia kami seru…. Laknatilah golongan kuffar dengan turun satu bala bencana yg menimpa ke atas golongan ini ya Allah. Kami mohon ya Allah… Kami mohon ya Allah.

  3. Ttp Pertahankan Dr. Zakir
    Yg menentang ttp akn mencari 1001 jln utk mengusir beliau. Wahai saudara Islamku berdiri teguhlah dgn pendirian kalian. Yg mengaku Islam tetapi membisu, malah turut sama menentang Dr. Zakir kamu akn dipertanggungjawabkan & menjawab di hadapan Allah SWT kelak.
    Semoga Allah SWT menjaga & melindungi pendakwah tersohor ini.
    “(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya)” Aamiin

  4. SUPPORT DR ZAKIR NAIK STAY IN MALAYSIA!
    HATERS GO TO OTHER COUNTRIES WHERE THERE IS NO DR ZAKIR NAIK!

Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts