Roket Syiah Houthi ke Makkah dilancar dari masjid

saada-transformed

 

RIYADH: Militan Houthi yang disokong Iran dan sekutunya melancarkan serangan peluru berpandu balistik mereka ke arah kota Makkah lewat Khamis lalu dari sebuah masjid di bandar Saada, Yaman demikian menurut jurucakap tentera gabungan Arab Saudi, Brigadier Jeneral, Ahmed Assiri.

“Manusia ini tidak memahami agama dan tidak bermoral. Mereka menggunakan masjid, sekolah dan hospital untuk melancarkan perbuatan jenayah mereka,” kata Assiri yang juga penasihat Menteri Pertahanan Arab Saudi, kepada akhbar harian Arab.

Beliau mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa tentera gabungan akan terus memberi sokongan kepada Presiden Yaman, Abdrabu Mansour Hadi yang diiktiraf antarabangsa dari segi politik dan juga ketenteraan.
BH Online

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts