Rujuk ahli agama jika ada ajaran bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah

BANGI – Kerajaan Pahang sentiasa memantau sebarang bentuk ajaran yang mencurigakan supaya akidah umat Islam di negeri itu terus terpelihara.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan umat Islam supaya menghindari sebarang bentuk ajaran salah atau sesat, dengan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, masyarakat perlu merujuk kepada ahli agama bertauliah dan berautoriti sekiranya terdapat sebarang kekeliruan serta ajaran yang bercanggah dengan pegangan itu.

“Ini kerana kita bimbang, sekiranya ajaran sesat seperti fahaman khawarij, takfiri, syiah dan apa jua ajaran sesat jika tidak dibendung ia boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku selain membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Oleh yang demikian, rakyat di negeri ini diminta untuk berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai benar dengan bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang kita ikuti selama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Wan Rosdy turut berharap umat Islam dapat bersama-sama melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran sesat.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts