Rujuk alim ulama, bukan selebriti media sosial

 

KUALA LUMPUR: Sebarang kekeliruan mengenai hukum-hakam agama perlu dirujuk kepada alim ulamak yang mursyid iaitu orang yang dipercayai dan bukan selebriti media sosial yang terkenal dan memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli memaklumkan ini bagi memastikan persoalan yang timbul dijawab oleh orang yang benar-benar memahami tentang sesuatu perkara.

“Kita sebagai orang Islam, kena rujuk ahli ilmu, ahli zikir kalau tidak tahu.

“Ahli zikir tu maknanya kalau dia pandai fiqah tidak semestinya dia pandai undang-undang. Dia masyhur dalam satu bidang tidak semestinya dia faham perkara lain,” kata Zulkifli kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau merujuk kepada perbahasan agama yang disampaikan oleh segelintir selebriti instafamous sehingga menimbulkan kontroversi dan salah faham antara warganet. – AlHijrah Online / Abdul Hakim Hasan. – Alhijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts