RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 diluluskan

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) Pindaan 2018 diluluskan di Dewan Rakyat.

Ia bagi membolehkan semua sekolah agama, pusat tahfiz dan tadika Islam di Wilayah Persekutuan berdaftar dan dikawal selia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata ketika ini, Maahad tahfiz di Wilayah Persekutuan sukar dikawal selia bagi menjamin aspek kebajikan dan keselamatan pelajar kerana tiada peruntukan perundangan untuk berbuat demikian.

“Kalau ada masalah maahad tahfiz di peringkat negeri, pihak berkuasa iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) ada kuasa untuk tutup dan kawal selia jika perlu tetapi di Wilayah Persekutuan tiada.

“Oleh itu, kita buat pindaan ini kerana di Wilayah (Persekutuan) sudah jauh ketinggalan seperti kes liwat di Maahad Tahfiz di Kepong dan kebakaran tahfiz di Kampung Datuk Keramat,” katanya menggulung perbahasan RUU berkenaan.

Fuziah menjelaskan, melalui pindaan itu dan jika berlaku sebarang masalah berkaitan, majlis agama boleh mengambil tindakan perundangan termasuk mengarahkan penutupan mana-mana maahad tahfiz. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts