Sains yang membawa manusia kepada pencipta

 

PANDANGAN alam berdasarkan Islam adalah satu pandangan yang sangat unik berbanding lainnya. Asasnya kerana Islam mengiktiraf manusia sebagai makhluk yang tercipta di atas pelbagai unsur iaitu jasad-akal-ruh-emosi. Oleh itu Islam melihat memaksimakan potensi manusia adalah dengan membangunkan seluruh unsur itu secara seimbang (wasatiyah).

Antara kesan yang dapat dilihat contohnya adalah dalam ilmu sains. Barat melihat ilmu sains sebagai perbahasan akal (emperikal) semata tanpa memberi kesan terhadap keimanan atau pembangunan ruh seseorang. Berbeza dengan Islam ia melihat sains sebagai suatu ilmu yang hidup meliputi pembentukan semua unsur manusia meliputi akal dan ruh.

Contohnya ialah perbahasan tentang antara asas sains iaitu masa-jarak-berat, dalam sains Barat perbahasan tentang tiga perkara ini terhenti sekadar pada nilai kayu ukur perkara tersebut. Masa terikat dengan jam-minit-saat, jarak terikat dengan km-meter-cm dll dan berat sekadar tan-kg-g dll. Perbahasan sekadar seperti ini tidak memberi nilai atau membangunkan ruh seorang manusia.

Tetapi dalam sains Islam, ianya pergi lebih mendalam iaitu turut membangunkan jiwa dan ruh saintis muslim. Saat dia mempelajari tentang masa, Allah swt mengajarnya supaya menyedari bahawa nilai masa yang sebenar adalah masa tersebut diisi dengan kebaikan dan amal soleh. “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al-Asr: 1-3)

 

 

Saat saintis muslim berbicara tentang jarak, Allah menanam nilai bahawa hakikatnya hampirnya Tuhan itu (dalam menentukan nasib atau kehendakNya) dengan mahkluk jauh lebih hampir daripada apa yang boleh dinilaikan atau dibayangkan oleh manusia. “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,” (Al-Waqiah: 85)

Saat sainstis muslim berbicara tentang berat, Allah memberi peringatan bahawa nilai kebaikan dan keburukan walaupun seringan mana pun beratnya tetap akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (al-Zalzalah: 7-8)

Sebab itulah, Dr Yusuf Othman menyebut bahawa sains Islam seperti ini adalah Sains Tauhidik. Ini kerana semakin dalam seorang muslim itu mendalami ilmu ini semakin hampirnya dia kepada Penciptanya. Syed Quttub dalam menafsir ayat 191 Surah Ali Imran juga ada menyebutkan bahawa uniknya tafakkur ini melebihi pemerhatian biasa dalam sains, kerana bagi seorang muslim melalui tafakkur ia bukan sekadar dapat memahami alam zahir, tetapi akhirnya membawa dia kepada alam ghaib.

Saat dia berterusan tafakkur alam, akhirnya dia menyedari tentang dua hakikat ghaib iaitu hakikat penciptaan dan hakikat pembalasan. Lalu berdoa:

رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. ”

Nilai inilah yang hilang dalam sains kita hari ini.

Ustaz Muhammad Firdaus bin Zalani
Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts