Sambut Ramadan dengan bertaubat

  1. Adalah sangat membimbangkan andai kedatangan Ramadan ini tidak dilihat sebagai sesuatu perkara yang menggembirakan. Malah apa yang lebih menakutkan lagi adalah apabila sebahagian manusia melihat Ramadan itu hanyalah bebanan yang menyusahkan kerana mereka terpaksa berpuasa dan membayar zakat. Kegembiraan buat mereka pula hanyalah datang kerana pesta perayaan dan bukannya kerana keseronokan beribadah kepada Allah.
  2. Jiwa yang dikaburi dengan dosa bukan sahaja melenyapkan pandangan mata hati mereka daripada menyukai kebenaran, malah ia turut menjadikan jiwa manusia berat untuk melakukan ibadah. Perkara ini pernah dinyatakan oleh al-Hasan al-Basri dalam dialog beliau bersama seorang lelaki:

قال رجل للحسن: أبا سعيد، أردت البارحة أن أصلي فلم أستطع، قال: قيّدتك ذنوبك.

“Seorang lelaki bertanya kepada al-Hasan al-Basri: Wahai Abu Said (gelaran bagi al-Hasan al-Basri), aku ingin mendirikan qiamullail semalam tetapi aku tidak boleh bangun dari tidurku. Lalu al-Hasan berkata: Dosa engkau telah mengikat dirimu (dari melakukan qiamullail). (al-ʿAqd al-Farīd, 3/135)

  1. Perhatikan di sini bagaimana dosa itu bukan sekadar membutakan mata hati manusia, melenyapkan cahaya hati mereka malah berupaya menyebabkan diri mereka berat untuk melakukan ibadah.
  2. Oleh yang demikian, dalam menyambut bulan Ramadan ini, mulakan dengan memohon keampunan kepada Allah, perbanyakkanlah amal soleh. Ini kerana melalui kebaikan yang kita lakukan, ia berupaya menyucikan jiwa, menanggalkan kerak-kerak dosa yang telah berkarat di dalam jiwa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts